Tumpuan :
Nasional

Kes pemandu Tesla himpit motosikal dirujuk kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pemandu Tesla didakwa sengaja melanggar motosikal di Lebuhraya Sprint di sini, Isnin lalu, akan dikemuka kepada Peguam Negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan itu.

“Rakaman percakapan kedua-dua individu berkenaan sudah diambil dan proses melengkapkan kertas siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut (termasuk mendapatkan kebenaran pendakwaan),” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Isnin lalu, tular insiden penunggang motosikal bertindak memukul cermin sisi kenderaan jenis Tesla didakwa menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan, yang menyebabkan penunggang motosikal terhimpit ke kanan jalan.

Penunggang motosikal yang berusia 25 tahun bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta berkenaan dengan tangan, sebelum pemandu kenderaan itu menghimpitnya hingga jatuh.

Susulan kemalangan itu penunggang motosikal cedera di tangan, lutut dan kaki.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini