comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Najib: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Tunggu kenyataan rasmi dari Lembaga Pengampunan.

Itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa ketika ditanya mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung hukuman penjara yang sedang dijalani Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Istana Negara.

“Tunggu kenyataan rasmi dari Lembaga Pengampunan.

“Mesyuarat itu diadakan di Istana Negara”.

Dr Zaliha memberitahu yang beliau turut terlibat dalam mesyuarat tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040.

Semalam, pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu yang mereka tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dikatakan diadakan semalam.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiada siapa pun dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan.

Malah, sebuah akhbar tempatan melaporkan Lembaga Pengampunan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan antara agenda mesyuarat terbabit adalah mengenai hukuman penjara yang dihadapi Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dipetik berkata, mesyuarat berkenaan akan menjadi mesyuarat rasmi terakhir bagi Sultan Abdullah sebelum pemerintahan baginda berakhir pada hari ini dan baginda kembali sebagai Sultan Pahang.

Najib, 70, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta terhadapnya yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini