Tumpuan :
Nasional

Kes malaria import warga asing meningkat di Terengganu

Foto hiasan

BESUT: Sebanyak 25 kes malaria direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam tempoh Januari hingga 16 Julai lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, ia membabitkan24 kes malaria manusia import dan satu kes membabitkan jangkitan malaria zoonotik.

Sebanyak 20 kes import direkodkan di Hulu Terengganu serta masing-masing satu kes di Kuala Terengganu, Kuala Nerus , Kemaman dan Dungun

.”Kes malaria import inimembabitkan warga negara Rohingya, Bangladesh, Pakistan, India serta Papua New Guinea.

“Berlaku peningkatan kes yang ketara apabila 20 kes malaria berlaku dalam kalangan warga asing yang masuk bekerja di tapak pembinaan di Kampung Machang, Hulu Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Dr Kasemani berkata, saringan awal sudah dilakukan ke atas penduduk di sekitar Kampung Machang, Kampung Kua serta Kampung Pengkalan Ajal namun tiada kes dalam kalangan warga tempatan direkodkan.

“Majikan yang mengupah warga asing sebagai tenaga buruh perlu memastikan pekerja mereka dilindungi daripada gigitan nyamuk serta membekalkan kelambu berubat serta melakukan semburan racun residual.

“Pengusaha serta mereka yang membawa masuk warga asing untuk bekerja hendaklah membuat ujian saringan malaria bagi mengelakberlaku penularan penyakit berkenaan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, majikan juga perlu memaklumkan kepada jabatan kesihatan sebelum membuka tapak baharu pembinaan untuk tujuan saringan awal malaria.

“Mereka juga perlu menyediakan tempat penempatan lebih baik kepada warga asing kerana khemah tidak sesuai untuk memastikan kawalan penyakit yang lebih baik,” katanya.

Katanya, pihaknya turut melantik 176 duta malaria di seluruh Terengganu terdiri daripada kalangan orang awam untuk menyebarkan maklumat mengenai penyakit malaria serta membuat langkah pencegahan awal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini