KUALA LUMPUR: Perintah reman terhadap dua pemilik syarikat dan seorang kakitangan agensi sebuah kementerian dipercayai terbabit rasuah membabitkan isu surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP) disambung tiga hari lagi.
Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Syazly Md Sain membenarkan reman sehingga Rabu depan terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu.
Terdahulu ketiga-tiga mereka dikenakan perintah reman pada 9 Januari lalu dan tamat hari ini.
Sumber berkata, ketiga-tiga suspek sebelum ini antara lapan individu yang ditahan oleh Bahagian Perisikan SPRM menerusi Op Loader dijalankan pada Rabu di sekitar Lembah Klang dan Melaka.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.