Tumpuan :
Nasional

Kes langgar lari 4 kenderaan, suspek menyerah diri

BUKIT MERTAJAM: Suspek yang melarikan diri selepas melanggar 4 kenderaan di Jalan Perniagaan Bukit Tengah di sini semalam akhirnya tampil menyerahkan diri.

Suspek berusia 50-an itu menyerah diri di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, tengahari tadi.

Video kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Assisten Komisioner Tan Cheng San, berkata suspek berusia 50-an itu tampil kira-kira jam 1 tengahari tadi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis sebelum itu terkesan dengan satu video yang dimuatnaik oleh seorang pemilik Twitter jam 9 pagi tadi memaparkan kejadian langgar lari membabitkan lima kenderaan yang dipercayai berlaku dalam daerah ini.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Perniagaan Bukit Tengah pada jam 6.30 petang semalam.

“Dalam video itu, terdapat sebuah kereta (dipandu suspek) dipercayai telah keluar daripada simpang tiga terus melanggar tiga kereta lain yang berada dekat situ.

“Kemudian suspek mengundur kenderaannya dan melanggar lagi sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, semua mangsa yang terbabit dalam insiden itu tidak mengalami sebarang kecederaaan.

“Suspek kemudian tampil menyerah diri kira-kira jam 1 tengahari tadi bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini