comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes kematian ibu dalam pantang diklasifikasi sebagai mati mengejut – polis

Lokasi kejadian wanita berpantang ditemui dengan kesan tusukan pisau di leher.

KOTA BHARU: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, semalam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemui berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.

Kejadian  itu disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi yang kemudian menghantar mangsa ke Klinik Beris Panchor sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Loading...
Terkini