KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan membuat siasatan dan kajian untuk mengelakkan isu kematian tahanan dalam lokap.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak polis terbuka untuk membetulkan persepsi dan keadaan bagi memastikan kaedah yang lebih telus untuk mengelakkan salah guna kuasa.
“Sebahagiannya benar sebahagian persepsi tetapi untuk membetulkan keadaan dengan memastikan kaedah yang lebih telus untuk mengelakkan salah guna kuasa”
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Jubli Perak Hari SUHAKAM ke-25 di sini hari ini.
“Yang menyiasat itu polis yang menjatuhkan hukuman hakim, jadi sebelum dijatuhkan hukuman mereka itu jangan dihukum terlebih dahulu.”
“Jadi kalau orang bicara ada kebimbangan tentang penderaan dan kematian dalam lokap tidak perlu yakinkan saya kerana saya tahu penderitaan”
Pada tahun 2022, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 24 kes kematian dalam tahanan direkodkan berbanding 46 pada 2021.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes membabitkan kematian yang berlaku di dalam lokap polis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.