comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes kematian Afham: Keputusan bedah siasat ‘Pending Laboratory Investigation’

PETALING JAYA: Bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar diputuskan Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata tiada lain-lain kecederaan fizikal ditemui dan siasatan diteruskan sebagai mati mengejut.

Menurut beliau, proses bedah siasat telah dijalankan pada jam 11 pagi hingga 3 petang tadi.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza ditemui di Sungai Klang kira-kira 7 malam semalam oleh beberapa pemancing di lokasi itu.

Allahyarham dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas keluar untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini