comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes GISBH: PDRM siasat jika ada elemen cuba terap fahaman militan – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan terdapat fahaman jihad militan cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal kelolaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan dijalankan susulan terdapat dakwaan bahawa kanak-kanak di rumah amal dipertontonkan tayang video berunsur militan.

“Walaupun sepanjang siasatan kes ini, saya tidak pernah menyentuh mengenai tayangan video militan kepada kanak-kanak itu,namun (siasatan) kita menjurus ke arah itu.

“Cumanya kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang berada di rumah amal terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Mohammad Fahmi Ngah dilaporkan berkata, fahaman jihad militan didedahkan dengan menonton video militan pada waktu lapang kanak-kanak berkenaan.

Katanya, fahaman itu didedahkan dengan menonton video militan pada waktu lapang kanak-kanak berkenaan.

Menurut Mohammad Fahmi, maklumat itu adalah antara sumber yang diperoleh pihaknya daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini