comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes GISBH: Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan dan rangkaiannya menyeleweng 


PEATLING JAYA: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan Global Ikhwan Service and Business Holdings GISBH dan rangkaiannya mempunyai ciri menyeleweng daripada ajaran islam dari aspek akidah dan syari’at.

Fatwa berhubung kegiatan GISBH itu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook berkata, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir menyembah maklum keputusan hasil mesyuarat khas itu kepada baginda untuk diperkenankan.

Mesyuarat berkenaan berpuas hati dan yakin pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli Global Ikhwan dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan aurad muhammadiah atau zikir agung kumpulan darul arqam yang telah diputuskan menyeleweng daripada akidah islam.

Menurut kenyataan itu lagi, apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baharu yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen berkenaan, disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu akan dimaklumkan kepada orang ramai menerusi khutbah Jumaat esok.

Pada mesyuarat khas Isnin lalu, jawatankuasa fatwa negeri membentang semua penelitian berhubung kegiatan GISBH.

Ia turut mengkaji dan menilai semua bahan bukti diterima daripada polis dan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS selain keterangan individu terlibat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini