Tumpuan :
Nasional

Kes FashionValet: Vivy, suami akan didakwa Khamis ini

 Tan Sri Azam Baki.- Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Khamis ini.

Ia berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada Buletin TV3, sebentar tadi.

“SPRM hari ini telah menjalankan tangkapan terhadap pasangan berkenaan dan telah diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah pada hari Khamis.

“Siang tadi saya rasa dalam tengah hari tadi lebih kurang di pejabat SPRM dan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pada 28 November lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM.

Susulan itu, kertas siasatan terbabit sudah diserahkan kepada bahagian perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu.

SPRM turut dilaporkan merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini