comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes dera pelatih TUDM: Laporan lengkap hampir siap

 

MELAKA: Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memberi jaminan bahawa laporan penuh siasatan seorang pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa teruk didera anggota senior TUDM dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat.

Beliau memaklumkan, siasatan turut dijalankan di peringkat dalaman kementerian itu.

“Kementerian sudah ambil maklum kes buli itu dan akan ada siasatan dalaman seperti dibangkitkan Menteri Pertahanan dalam mesyuarat kabinet kementerian sebelum ini. InsyaAllah saya yakin kita akan terima laporan dalam masa terdekat.

“Walaupun kita tahu ada laporan polis, tapi polis mengambil tanggungjawab mereka dan kita di peringkat Kementerian turut ambil tanggungjawab lakukan siasatan dalam,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 416 veteran Angkatan Tentera Malaysia, balu serta wakil waris di sini, tadi.

Rabu lalu, media melaporkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, empat lagi pelatih kursus TUDM mendakwa dipukul anggota senior dalam kejadian buli pada 12 April lalu di Pangkalan Udara TUDM, Kuantan, Pahang.

Keempat-empat pelatih yang menjalani kursus latihan sama dikatakan dipukul anggota TUDM lebih senior ketika dipanggil untuk membantu siasatan kes buli seorang pelatih.

Polis juga dilapor sudah mengenal pasti dan memanggil enam suspek bagi siasatan kerana disyaki terbabit kes itu.

“Bagi kita apa sahaja laporan yang kita terima sama ada melalui media atau melalui orang perseorangan, memang kita akan ambil tanggungjawab kita (siasat).

“Kes buli ini di peringkat dalaman kita masih lakukan siasatan dan akan lihat apa keputusannya sebelum ambil tindakan,” katanya.

Loading...
Terkini