Tumpuan :
Nasional

Kes dera kanak-kanak perempuan: Wanita, teman lelaki didakwa esok

Foto hiasan

KUALA SELANGOR: Wanita dan teman lelakinya yang disyaki terbabit kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan di daerah ini, Rabu lalu akan didakwa di mahkamah, jam 9 pagi esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, kedua-dua suspek berusia 32 dan 26 tahun akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor untuk didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, terdahulu kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di Shah Alam.

“Selasa (esok) pagi (kedua-dua suspek) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu didera kedua-dua suspek.

Mohd Ambia dilaporkan berkata, laporan dibuat bekas suami suspek berusia 28 tahun selepas melihat gambar anaknya yang dihantar melalui mesej WhatsApp ada kesan lebam, bengkak dan luka seluruh badan serta kaki.

Beliau berkata, pasangan itu bercerai pada 2020 dan mangsa di bawah jagaan suspek.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BRKAITAN

Loading...
Terkini