Tumpuan :
Nasional

Kes demam denggi di Kelantan meningkat 

BACHOK: Kes demam denggi di negeri ini setakat 11 Mei lalu, meningkat 31.9 peratus menjadi 873 kes, kata Pengarah Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Menurutnya, peningkatan itu berbanding 662 kes bagi tempoh sama pada 2023 dengan jumlah kematian kekal satu yang direkod pada Februari lalu babitkan pesakit lelaki dewasa.

“Kejadian wabak denggi dilapor sehingga 11 Mei 2024 adalah 49, dengan 39 wabak sudah tamat manakala 10 lagi masih aktif,” katanya pada sidang media selepas perasmian Program Penanaman Pokok Bakau di Pantai Melawi yang juga inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Radicare (M) Sdn Bhd sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, hari ini

.Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan kes akan berlaku menjelang cuti Aidiladha dengan penganjuran banyak majlis dan kenduri serta kemasukan perantau.

Beliau meminta semua Pejabat Kesihatan Daerah untuk melakukan aktiviti pencegahan denggi bersama penduduk terutama di mukim yang berisiko bagi mengelak peningkatan mendadak kes.

Katanya, turut dipantau menerusi operasi pemusnahan tempat pembiakan Aedes adalah kawasan tumpuan seperti pasar, masjid, surau, tempat rekreasi dan tanah lapang berisiko.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini