
KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung kad orang kurang upaya (OKU) milik lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
“Memang ada ditemui kad OKU itu, namun kita menunggu laporan rasmi daripada JKM untuk pengesahan,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Harian Metro hari ini
Menurutnya, suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu, Majistret Nurul Izzah Hasan Basri mengeluarkan perintah reman ke atas pemuda itu sehingga 28 Februari untuk siasatan lanjut.
Suspek ditahan semalam selepas didakwa menyelinap masuk ke ruang solat wanita pada waktu solat Subuh dan memeluk kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang.
Kejadian itu turut tular di media sosial.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.