PETALIG JAYA: Polis menyeru pemilik video kamera papan pemuka (dashcam) yang kenderaannya di parkir di sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata pihaknya tidak boleh tahu jumlah dashcam yang ada setakat ini.
“Polis tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha menjejak suspek ini,” katanya.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh tampil pihak kami (polis) mengukuhkan lagi siasatan selain daripada penemuan saintifik dan keterangan awam yang boleh membawa kepada suspek,” katanya.
Terdahulu, operasi mencari bahan-bahan bukti membabitkan Zayn Rayyan diteruskan pada hari ketiga di Apartmen Idaman, Damansara Damai dan sekitar lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan hari ini.