comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Tujuh unit rumah tidak berpenghuni di Blok R diperiksa

Difahamkan unit-unit rumah tidak berpenghuni yang diperiksa polis adalah rumah yang ditinggalkan lebih seminggu.

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Sebanyak tujuh unit rumah tidak berpenghuni di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, diperiksa dalam operasi pencarian bukti kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pemeriksaan selama sejam setengah yang berakhir pada jam 5 petang tadi meliputi unit-unit di tingkat tiga dan tingkat empat Blok berkenaan.

Difahamkan unit-unit yang diperiksa itu adalah rumah yang ditinggalkan lebih seminggu, yang dikesan melalui operasi pertanyaan dan pencarian rumah ke rumah.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung perkara itu.

Terdahulu, sepasukan 20 anggota polis dari Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki Blok R kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum menangguhkan pemeriksaan tiga jam kemudian dan menyambung semula operasi pada jam 3.25 petang.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini