comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan : Suspek mungkin ada rekod jenayah – Polis

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah individu yang mempunyai rekod jenayah.

Justeru, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan menyeluruh dijalankan termasuk semakan terhadap rekod penjenayah sedia ada.

“Ia meliputi saringan melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terbabit dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, (saringan juga dilakukan ke atas) mereka yang dalam perhatian pihak polis membabitkan penduduk tempatan atau di luar kawasan…. semua kita akan beri perhatian,” katanya ketika sidang media di Apartmen Idaman, Damansara Damai, malam tadi.



Beliau memaklumkan siasatan polis dalam kes bunuh Zayn Rayyan menjurus kepada dua fasa.

Bagi fasa pertama ia membabitkan usaha mencari dan mengumpul keterangan fizikal di lokasi serta sekitar kawasan kejadian.

Bagi fasa kedua, siasatan akan membabitkan pertanyaan dan pencarian dari rumah ke rumah di mana dalam kawasan berkenaan yang mempunyai 18 blok yang melibatkan  2,400 rumah.

Kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu diklasifikasikan  kepada kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini