PETALING JAYA : Siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin turut membabitkan keseluruhan kawasan perumahannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kawasan perumahan itu mempunyai 18 blok apartmen terdiri daripada 2,484 kediaman dan kedai dengan keluasan kawasan kira-kira lapan hektar.
Menurutnya, polis masih giat meneruskan usaha mengumpul bukti di sekitar kawasan mayat mansa ditemukan bagi menjejak pembunuh kanak-kanak itu.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan, 6, diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan mangsa.
Mayatnya ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa
- [VIDEO] Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di anak sungai
- [VIDEO] Gerimis iringi pengebumian anak syurga
- [VIDEO] Polis ke lokasi Zayn Rayyan ditemui mati cari bahan bukti baharu
- Reda dengan ketentuan meskipun tidak menyangka pengakhirannya begitu – Ibu Zayn
- [VIDEO] Kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah – KP Selangor