comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Semua berdukacita, harap dapat bersihkan imej keluarga’

PETALING JAYA:  Kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang diklasifikasikan semula kepada bunuh sedikit sebanyak membersihkan imej keluarganya yang terpalit dengan dakwaan penderaan.

Menjelaskan perkara itu datuk kepada kanak-kanak autism itu, Muhd Zahari Mohd Reba turut meminta pengguna media sosial berhenti menyebarkan berita tidak benar berkenaan punca kematian cucunya.

“Saya sudah keluarkan dalam Facebook minta pihak netizen mengeluarkan benda yang sahih.“Atau sebarkan apa yang disahkan PDRM (punca kematian),” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Menceritakan kali terakhir bertemu cucunya Zahari, 55 berkata kali terakhir dia bertemu cucu sulungnya itu pada 2 Disember lalu sebelum Zayn Rayyan sekeluarga bertolak ke Skudai, Johor untuk menghantar salah seorang ahli keluarga yang menyambung pengajian di sebuah universiti awam.

“Ketika itu saya dah perasan perubahan sikap cucu yang suka mengamuk dan menjadi lebih agresif.

“Menurut anak lelaki saya iaitu bapa Zayn Rayyan, memang dia sudah menunjukkan perubahan sikap sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Dia hadir bersama isteri dan beberapa anaknya bagi melihat semula lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

Ditanya mengenai keadaan ibu bapa arwah Zayn Rayyan ketika ini, Zahari berkata, mereka lebih banyak termenung dan ada kalanya menangis.

Katanya, seluruh keluarganya turut terkesan dengan kejadian menimpa kanak-kanak itu kerana mereka terlalu rapat dan menyayangi Zayn Rayyan yang disifatkan sebagai anak yang baik serta manja.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini