Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Selagi tidak ada kenyataan, netizen tolonglah tutup mulut’ 

Keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin merayu netizen berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mereka. – FOTO: Zahari Mohd Reba/ Facebook

PETALING JAYA: “Biarlah pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja yang mengeluarkan kenyataan. Selagi tidak ada kenyataan, netizen tolonglah tutup mulut (buat kenyataan)” – rayu Zahari Mohd Reba berhubung kematian cucunya Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Zahari, 55, meminta orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan tidak sahih berkaitan ibu cucunya.

“Saya mohon netizen janganlah mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan keluarga arwah.

“Anak saya sentiasa cuba memenuhi kehendak arwah (Zayn Rayyan) setiap hari apa sahaja Zayn mahu dia akan tunaikan.

“Cucu saya juga jika ayah dia memandu kenderaan dia akan berjaga melayan ayahnya ketika ibunya dan adik tidur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, setiap kali ada kelapangan pada Sabtu, beliau akan membawa cucunya itu pergi berjalan-jalan kerana mereka terlalu rapat.

FOTO: Zahari Mohd Reba/ Facebook

“Cucu saya memang rapat dengan saya dan dia suka mandi laut (pantai) atau kolam dan hiking (mendaki). Saya memang suka hiking dan sebab itu saya cungkil bakat arwah suka melakukan aktiviti luar,” katanya.

Terdahulu, Zahari melalui Facebook memohon supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih sehingga mengguris perasan keluarganya.

“Salam semua di luar sana, saya mewakili waris Arwah ZAYN RAYYAN@Tok Ayah arwah, memohon supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sohih yang mengguris perasan keluarga kami.

“Setiap hari keluarga kami menghadapi gangguan emosi, Zayn Rayyan adalah cucu kesayangan kami,” katanya dalam kiriman itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh kira-kira jam 10 malam pada Rabu lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini