PETALING JAYA: Keterangan yang ada masih tidak mencukupi dan tidak memadai untuk membolehkan pihak polis mengesan menahan suspek yang mendalangi kematian kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, proses mengumpul maklumat menerusi pertanyaan dan pencarian dari rumah ke rumah, Hussein akan dijalankan semula pada malam ini.
“Setakat ini kita sudah selesai menjalankan proses itu di tiga daripada 18 blok kediaman yang ada di Apartmen Idaman membabitkan 540 unit rumah.
“Kita akan sambung semula pada malam ini,” katanya.
Di Apartmen Idaman yang juga kediaman keluarga mangsa Zayn Rayyan terdapat 18 blok terdiri daripada 2,484 unit rumah serta kedai.