comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis siasat penyebaran maklumat di Telegram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.- Foto: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya didakwa laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin seperti yang tular, yang dikesan dimuat naik dalam satu akaun Telegram semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan mereka yang terlibat.

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, sama ada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan kemudian, kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu.” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Tegas beliau, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan keluarga.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa, siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai sejurus pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian.

“Saya rasa dengan pertuduhan 31 (1) itu pihak JKM melihat ini pandangan saya ya, melihat akan perlunya mereka menilai kedudukan anak yang kedua itu. Itu adalah tanggungjawab undang-undang dan moral daripada pihak JKM.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini