Oleh: Nurul Amalina Zainudin
PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini turun padang bagi meninjau perkembangan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Beliau tiba di apartment itu sekitar jam 1.10 tengah hari dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi dan diiringi dua kereta peronda sebelum diberikan penerangan mengenai kes berkenaan oleh beberapa anggota dipercayai pegawai penyiasat kes.
Selain dilihat memasuki Blok R apartment itu, beliau juga dipercayai meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai tempat mayat kanak-kanak itu ditemukan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan yang masuk hari ke-14, hari ini.
Ujarnya sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor.
“Tiada apa-apa kenyataan daripada saya, semua maklumat oleh KP (Ketua Polis) Selangor,” katanya ringkas ketika ditemui.
Beliau meluangkan masa kira-kira sejam di sekitar lokasi kejadian, sebelum beredar pada jam 2.30 petang.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran sebuah takungan air, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakar sifatkan jenayah terancang
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tujuh unit rumah tidak berpenghuni di Blok R diperiksa
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis Selangor berjaya kesan dua saksi kanak-kanak
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis jumpa sarung kaki di lokasi kejadian
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : Pasukan forensik tiba jam 6:26 petang sambung siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 4 beg sampel forensik dari kediaman mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Semua berdukacita, harap dapat bersihkan imej keluarga’
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Stor penyimpanan jadi tumpuan siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 sampel DNA penduduk diambil
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : ‘Tak mungkin sebab dendam’- datuk mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakaian Zayn diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa
- [VIDEO] Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di anak sungai
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Taman permainan bertukar suram, sunyi
- [VIDEO] Operasi mencari petunjuk difokuskan di kawasan mayat dijumpai
- Polis sudah terima rakaman ‘dashcam’ bantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: JPS bantu sedut air di lokasi penemuan mayat Zayn
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit K9 masuk kembali ke Blok R Apartmen Idaman
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R jadi tumpuan Unit Forensik malam ini
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pemeriksaan setiap rumah di Blok R – KP Selangor
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Dua kotak dibawa keluar dari Blok R
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit Forensik PDRM teruskan misi pencarian
- [VIDEO] KPWKM sedia bantu keluarga Zayn Rayyan
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Stoking bukan milik mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R terus jadi tumpuan pencarian petunjuk baharu