Oleh: Juliana Sharin
PETALING JAYA: Bukan mahu menganggu siasatan, sebaliknya mahu pastikan anak guam diberikan hak ketika dalam tahanan.
Itu luah peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berkaitan permohonan pihaknya untuk bertemu pasangan itu yang kini dalam tahanan reman.
“Tujuan kami bukanlah untuk atau ingin menganggu siasatan kami amat menghormati proses siasatan yang dijalankan pihak PDRM.
“Namun hanya ingin memastikan bahawa anak guam kami diberikan hak mereka ketika dalam tahanan reman di mana mereka masih lagi adalah suspek dan bukan orang yang dituduh.
“Dan pihak kami percaya bahawa akses kepada mereka dalam tahanan reman adalah dibolehkan dari segi undang-undang walaupun ianya tertakluk kepada budi bicara pihak PDRM sendiri,” katanya yang dihubungi Buletin TV3.
Justeru, Fahmi Abd Moin berkata pihaknya akan menghantar permohonan kali kedua esok, selepas permohonan pertama minggu lalu tidak mendapat sebarang maklum balas.
Bekas Timbalan Pendakwa Raya selaku peguam mewakili pasangan itu, berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama polis untuk membenar diadakan pertemuan sebelum tempoh reman selama enam hari berakhir Rabu.
“Pihak kami peguam peguam masih belum menerima maklum balas daripada pihak PDRM berkaitan permohonan pertama yang telah dimajukan minggu lepas. Seperti mana arahan majistret pada tarikh sambung reman 7 Jun baru-baru ini, mahkamah majistret telah mengarahkan pihak PDRM untuk respon kepada permohonan bertulis kami sama ada membenarkan atau menolak serta memberikan alasan-alasan mereka jika ia ditolak.
“Justeru pihak kami bercadang untuk memajukan sekali lagi permohonan yang sama, jangkaan adalah esok,” jelasnya.
Semalam Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan polis mendapati terdapat percanggahan keterangan ibu, bapa dan saksi lain membabitkan kes pembunuhan Zayn Rayyan.
Berikutan itu pihaknya memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Jun ke atas ibu bapa mangsa bagi melengkapkan kertas siasatan dan mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Jumaat lalu.
Setakat ini, tiga individu iaitu bekas pengasuh dan dua ahli keluarga pengasuh berkenaan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada penemuan baharu dalam siasatan polis – Peguam
- Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan berpandukan risikan – Polis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada suspek lain ditahan – KPN
- Peguam Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan
- Keluarga ibu bapa Zayn Rayyan lantik bekas TPR jadi peguam baharu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis akan mohon sambung reman ibu bapa mangsa
- [VIDEO] Proses reman kes Zayn Rayyan kecoh, keluarga tuntut keadilan
- Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi
- [VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada percanggahan dalam keterangan ibu, bapa dan saksi – KP Selangor