RINGKASAN BERITA
- Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat percanggahan berhubung keterangan ibu, bapa dan saksi-saksi lain membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
- “Ada perkara yang perlu kita perlu semak dan ada perkara yang tidak seiring dengan siasatan jadi kita sambung reman semalam enam hari yang kita akan guna untuk lengkapkan kertas siasatan.”
KAJANG: Siasatan polis mendapati terdapat percanggahan berhubung keterangan ibu, bapa dan saksi-saksi lain membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, di atas faktor itu pihaknya memohon penyambungan tempoh reman selama enam hari ke atas ibu bapa mangsa semalam bagi melengkapkan kertas siasatan.
“Ada perkara yang perlu kita perlu semak dan ada perkara yang tidak seiring dengan siasatan jadi kita sambung reman semalam enam hari yang kita akan guna untuk lengkapkan kertas siasatan.
“Saya tak boleh jelaskan (percanggahan apa), bukan saja daripada mereka (ibu dan bapa) tapi juga daripada saksi lain yang mana saya tidak boleh jelaskan terperinci kerana masih dalam siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Polis Selangor di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Mengulas mengenai status siasatan ke atas ibu dan bapa Zayn, Hussein berkata, masih terlalu awal baginya untuk memberi jawapan dan meminta diberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan.
Katanya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus semua aspek siasatan lengkap dan segala percanggahan keterangan selesai disemak.
Ditanya mengenai kemungkinan saksi lain dirakam percakapan, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada keperluan dan dapatan siasatan yang sedang berjalan.
Menurutnya, setakat ini tiga individu iaitu bekas pengasuh dan dua ahli keluarga pengasuh berkenaan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.
“Itu saja saya boleh kongsi buat masa ini, tidak wajar kita kongsikan terlalu terperinci, berilah ruang polis lakukan siasatan.
“Mungkin ada lagi tindakan membabitkan orang lain atau benda lain yang tidak membabitkan ibu bapa, ini kita perlu lengkapkan.
“Jadi bergantung kepada outcome (dapatan) siasatan ini lah sama ada cukup enam hari (boleh selesai) atau perlukan masa lagi (lengkapkan siasatan),” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya memberi ruang kepada peguam kedua-dua suspek untuk bertemu mereka namun atas budi bicara polis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada penemuan baharu dalam siasatan polis – Peguam
- Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan berpandukan risikan – Polis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada suspek lain ditahan – KPN
- Peguam Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan
- Keluarga ibu bapa Zayn Rayyan lantik bekas TPR jadi peguam baharu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis akan mohon sambung reman ibu bapa mangsa
- [VIDEO] Proses reman kes Zayn Rayyan kecoh, keluarga tuntut keadilan
- Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi
- [VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam