comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada penemuan baharu dalam siasatan polis – Peguam

Mahmud Jumaat, peguam ibu bapa Zayn Rayyan

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dipercayai susulan daripada beberapa penemuan baharu dalam siasatan polis.

Perkara berkenaan disahkan peguam pasangan berkenaan, Mahmud Jumaat.

“Ada beberapa penemuan terbaharu daripada siasatan pihak polis, yang mana semalam pihak polis telah menahan mereka (ibu bapa),” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini

6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan mayat kanak-kanak itu selepas operasi mencarinya dijalankan.

Mangsa dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini