PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan 28 lagi individu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata jumlah keseluruhan yang sudah direkod keterangan setakat ini adalah seramai 48.
“Terbaharu, kira-kira 28 orang daripada kalangan jiran dan saksi turut diambil keterangan.
“Kesemua individu terdiri daripada dua ibu bapa, seorang guru serta 45 jiran dan saksi bebas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ketika ditanya sama ada akan ada lagi individu yang akan akan dirakam keterangan, Hussein berkata perkara itu bergantung kepada keperluan siasatan.
Mengenai analisis forensik ke atas pakaian milik Zayn Rayyan yang dijalankan Jabatan Kimia, beliau berkata pihaknya masih menunggu keputusan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 4 beg sampel forensik dari kediaman mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Semua berdukacita, harap dapat bersihkan imej keluarga’
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Stor penyimpanan jadi tumpuan siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 sampel DNA penduduk diambil
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : ‘Tak mungkin sebab dendam’- datuk mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakaian Zayn diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa
- [VIDEO] Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di anak sungai