comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 sampel DNA penduduk diambil

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Sampel DNA 228 penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai, telah diambil bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, prosedur itu dilakukan melalui saringan DNA beramai-ramai (mass DNA screening) yang dijalankan sejak semalam.

Ujarnya, kesemua 228 sampel DNA itu diambil daripada sebahagian penduduk di semua 18 blok, Apartment Idaman termasuk di penghuni di Blok R dan ia akan diteruskan.

“Polis juga sudah selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai membabitkan 18 blok dengan 2,484 unit.

“Jumlah individu yang diperiksa terdiri 5,628 orang membabitkan penduduk di apartment itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, katanya sebanyak 90 kumpulan membabitkan 90 pegawai dan 188 anggota polis terbabit dalam operasi ini.

“Keadaan cuaca hujan juga  memang memperlahan operasi pencarian bukti kepada pihak polis,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini