Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh peniaga wanita: Pekerja pajak gadai bebas dengan jaminan polis

KUANTAN: Pekerja pajak gadai yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, 13 Februari lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata lelaki berusia 42 tahun yang ditahan di kedai pajak kedai di Kuala Terengganu, Terengganu 15 Februari lalu dibebaskan pada 17 Februari lalu.

“Pekerja pajak gadai itu ditahan reman bagi membantu polis selepas siasatan mendapati suspek mengunjungi kedai pajak di Kuala Terengganu untuk menggadaikan barang emas.

“Kita selesai merakam kenyataan lelaki itu berhubung kes terbabit manakala reman suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan selama seminggu sehingga 28 Februari ini.

“Kita menjangkakan tiada tangkapan lain,” katanya.

Berdasarkan laporan, pekerja pajak gadai itu ditahan untuk siasatan beberapa jam selepas polis menahan suspek utama iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun di Kuala Terengganu kira-kira 5.30 pagi pada 15 Februari lalu.

Difahamkan, pekerja pajak gadai itu ditahan kerana dipercayai membeli barang kemas yang digadaikan suspek kes bunuh wanita itu yang juga peniaga makanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini