comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Polis berjaya temui telefon dipercayai milik mangsa di tali air

Oleh: Fareez Azman

HULU SELANGOR: Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM berjaya menemui sebuah telefon pintar dipercayai milik mangsa Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dalam tali air di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi.

Penemuan itu kira-kira jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian di sekitar tali air berkenaan.

Suspek kemudiannya dilihat dibawa keluar dari sebuah kenderaan polis bagi membuat pengecaman telefon pintar berkenaan.

Ketika ini, operasi pencarian masih diteruskan di sekitar kawasan kejadian dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Operasi pencarian bahan bukti di sekitar lokasi dijalankan anggota dari Unit Forensik PDRM sejak jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dijangka tiba di lokasi ini dalam masa terdekat bagi mengadakan sidang media.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini