comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Tiada aktiviti pencarian di lokasi kedua ketika ini

Tinjauan Buletin TV3 di lokasi kedua di Kampung Batu 4, Trolak di sini mendapati tiada pencarian dijalankan pihak berkuasa ketika ini.

TROLAK: Masuk hari ketiga siasatan kes pembunuhan Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemui jasadnya di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin.

Tinjauan Buletin TV3 di lokasi kedua di Kampung Batu 4, Trolak di sini mendapati tiada pencarian dijalankan pihak berkuasa ketika ini.

Kawasan ini terletak kira-kira 30 minit dari lokasi pertama semalam.

Difahamkan juga, semalam pencarian dijalankan pihak berkuasa di sekitar sungai di bawah jambatan ini bagi mencari sebarang barangan peribadi milik Allahyarham Nur Farah Kartini.

Semalam, pencarian di tali air Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang membawa kepada penemuan sebuah telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media mengesahkan penemuan itu.

Beliau turut memaklumkan kepada media terdapat lokasi kedua pencarian bahan bukti bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, kami sedang mendapatkan sebarang maklumat terkini daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini