comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus dan adil – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil berkait kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan akan dijalankan dengan sewajarnya dan tidak akan sekali-kali melindungi anggota polis yang ditahan jika siasatan mendapati dia terbabit dalam pembunuhan itu.

“Siasatan yang kita buat mesti telus dan adil, walaupun anggota pegawai polis yang terlibat, sekiranya terlibat siasatan mesti diteruskan, bukannya kita condone siasatan ini.

“Saya dah bercakap perkara ini kepada semua (PDRM) daripada pucuk pimpinan tertinggi PDRM tidak akan condoned mana-mana kes, bukan kes bunuh sahaja, yang bertentengan dengan undang-undang. Ini yang kita punya pegangan,” ujarnya ketika dihubungi Buletin TV3.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bagi membantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini.

Suspek berusia 26 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Nur Farah Kartini, 25, yang bekerja sambilan di sebuah syarikat sewa kereta di Tanjung Malim dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Beliau gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di kawasan perumahan di Tanjung Malim sekitar jam 8 pagi, hari terbabit.

Semalam, mayatnya ditemui dalam keadaan sudah mereput di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Felda Gedangsa di Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini