Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Farah Kartini: Polis sahkan temui beg dipercayai milik mangsa di lokasi kedua

TROLAK: Polis mengesahkan berjaya menemui beg dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di lokasi kedua di Kampung Batu 4, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beg berkenaan dijumpai anggota Unit Siasatan Sub-akuatik Forensik PDRM.

“Kita jumpa satu beg kepunyaan mangsa di sekitar lokasi kedua,” jelasnya ketika dihubungi Buletin TV3 hari ini.

Dalam pada itu, jelas Hussein, operasi pencarian akan diteruskan esok melibatkan Unit Forensik serta Unit Siasatan Sub-Akuatik Forensik PDRM di lokasi kedua itu.

“Esok ada kita akan teruskan lagi pencarian esok, (melibatkan) Unit Forensik dan Unit Siasatan Sub-Akuatik Forensik PDRM,” katanya lagi.

Bagaimanapun pemerhatian Buletin TV3 di lokasi kedua mendapati tiada sebarang operasi pencarian dijalankan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini