HULU SELANGOR: Operasi pencarian bahan bukti bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, akan diteruskan lagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, polis akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada lokasi kedua itu dengan operasi bermula jam 10 pagi ini.
“Ya betul (tumpuan di Sungai Trolak). Fokus di sana,” katanya ringkas ketika dihubungi BH semalam.
Ditanya adakah polis akan meneruskan siasatan di lokasi utama pembunuhan iaitu ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Ahmad Faizal memaklumkan ia bergantung kepada siasatan forensik.
“Bergantung kepada siasatan forensik sekiranya masih perlu kepada bukti-bukti saintifik,” katanya.
Operasi pencarian bahan bukti bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, akan diteruskan lagi hari ini. pic.twitter.com/OfaJWjOD1h
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 19, 2024
Semalam, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.
Terdahulu, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.
Datuk Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.
Pada hari yang sama, Datuk Hussein turut mengesahkan pihaknya menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim, ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput, sudah meninggal dunia beberapa hari – Polis
- Bedah siasat mayat Nur Farah Kartini selesai, tunggu laporan lengkap makmal
- [VIDEO] Jenazah Nur Farah akan dikebumikan di Pekan – Abang
- Kes bunuh Farah Kartini: UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Waris tiba di hospital untuk tuntut jenazah
- Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Tiada aktiviti pencarian di lokasi kedua ketika ini
- Kes Bunuh Farah Kartini: DNA sah mayat Nur Farah – KP Selangor
- Kes bunuh Farah Kartini: KKM sedia tawar khidmat kaunseling kepada keluarga
- Kes bunuh Farah Kartini: Jenazah akan dikebumi hari ini – Abang mangsa
- [VIDEO] Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan
- Kes bunuh Farah Kartini: Polis akan mohon sambung reman suspek