SERDANG: Abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, meluahkan rasa ‘lega’ apabila beberapa barangan dipercayai milik adiknya ditemui pihak polis.
Jelas Mohd Farriza Azmi, 28, meskipun keadaan cuaca tidak menentu di lokasi pencarian, namun beliau percaya Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan pihak berkuasa dalam siasatan kes itu.
“Lega, dia dah tunjuk satu persatu kali ni jumpa kunci kereta, jumpa kad pengenalan. Harap cepat kes selesai,” ujarnya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Polis temui kunci kereta, dompet di lokasi kedua
Kakak ipar kepada Nur Farah Kartini, Syeril Nur Fatihah Suhaimi, 31, juga berpandangan sama.
“Walaupun keadaan sungai (meningkat) dan hujan, diorang (polis) boleh jumpa barang bukti.
“Allah permudahkan urusan dari kebumi sampai cari bukti saya rasa sangat lancar,” ujarnya.
Tegasnya, keadilan terhadap Allahyarham dapat ditegakkan, meskipun siasatan masih dijalankan pihak polis.
“Saya harap pelaku tu dapat balasan yang setimpal, saya rasa terlalu kejam apa dia buat,” luahnya lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput, sudah meninggal dunia beberapa hari – Polis
- Kes bunuh Farah Kartini: Suspek disahkan anggota polis
- [VIDEO] Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan
- [VIDEO] Kes Bunuh Farah Kartini: Polis temui kunci kereta di lokasi kedua
- [VIDEO] Kes Bunuh Farah Kartini: Dompet milik mangsa ditemui
- [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Dia teruja nak sangat masak laksa Sarawak untuk saya – Abang
- “Berhentilah buat spekulasi, Farah sudah tiada macam mana nak pertahankan diri”