comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes buli UPNM: Polis telah ambil keterangan pelaku

UPNM

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan pelaku yang dipercayai terbabit dalam kejadian buli pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rakaman percakapan diambil pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hari ini.

“Polis akan memanggil saksi yang juga rakan sebilik mangsa pada sebelah petang ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kadet di UPNM dibuli penuntut senior yang memintanya menggosok baju sebelum mangsa ditekap dengan seterika.

Ia berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 20 tahun kira-kira jam 8.23 malam semalam.

Susulan itu, polis kini memulakan siasatan terhadap kes buli dan dera yang berlaku di UPNM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku pada 22 Oktober lalu pada jam 11.45 malam di bilik asrama UPNM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini