Oleh: Hilmi Abdul Malik
KUALA LUMPUR: Suspek utama kes buli membabitkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras siang tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai 15 individu juga telah dirakam percakapan termasuk mangsa yang berusia 19 tahun.
“Hari ini percakapan suspek telah diambil dan lima lagi saksi lain,” katanya ringkas kepada Buletin TV3 hari ini.
Terdahulu, suspek tiba di IPD Cheras sekitar jam 9.30 pagi diiringi beberapa anggota tentera.
Proses keterangan berlangsung kira-kira lima jam sebelum kenderaan yang membawa suspek kelihatan keluar pada jam 2.30 petang.
Semalam, media melaporkan, seorang lagi penuntut Tahun Satu UPNM, mengalami keretakan di bahagian tulang rusuk dan belakang dipercayai dipijak pelajar senior.
Kejadian dikatakan berlaku sehari sebelum seorang penuntut UPNM yang turut cedera akibat ditekap seterika wap pada 21 Oktober lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.