Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengesahkan kes seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dilaporkan dibuli 12 pelajar universiti itu sehingga mengalami kecederaan teruk.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Komunikasi Korporat UMT, pihak universiti menzahirkan rasa dukacita dan memandang serius atas insiden itu.
Bagaimanapun, pihak berkenaan tidak dapat mengulas lebih lanjut, namun bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan menunggu hasil siasatan.
Pada masa sama, UMT sedang menjalankan siasatan dalaman dan menegaskan bahawa setiap pelajar hendaklah sentiasa mematuhi Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar) 2024.
Sebagai sebuah universiti berkepentingan awam, UMT sentiasa berusaha memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan pelajar terpelihara serta tidak dikompromikan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.