comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes buli siber Esha: Pemandu lori mengaku bersalah hantar komunikasi lucah

 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah berkait kes buli siber pempengaruh Rajeswary Appahu atau dikenali sebagai Esha.

Pengakuan dibuat Sathiskumar Balakrishnan, 44 tahun di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia secara sedar membuat dan memulakan penghantaran menggunakan perkhidmatan komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan didakwa dilakukan jam 10.12 malam 30 Jun lalu, melalui aplikasi TikTok di Sentul.

Bapa kepada tiga orang anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengaibkan dan mengganggu kesantunan ibu mendiang Esha, menerusi aplikasi sama pada hari dan lokasi sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,000 secara bercagar bagi kedua-dua pertuduhan, berserta syarat tambahan.

16 Ogos ditetapkan sebutan semula kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini