comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes buli ALK di bawah bidang kuasa Mindef – Zambry

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir. – FOTO: NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Siasatan membabitkan kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi baru-baru ini sedang dijalankan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir berkata, ini kerana kes tersebut berlaku di ALK, yang berada di bawah bidang kuasa kementerian itu.

“Kita kena tahu konteks UPNM ini. Dia ada dua institusi yang bertanggungjawab. Pertamanya UPNM itu sendiri dan kedua ALK. Yang berlakunya kejadian itu di akademi itu sendiri.

“Jadi macam saya yang saya sebutkan, dalam konteks ini, dari jam 5 petang sampai esok paginya itu di bawah bidang kuasa ALK, manakala apabila kuliah, jam 8 pagi hingga 5 petang itu di bawah UPNM. Jadi di sini agak unik sikit lah.

“ALK ini di bawah Mindef. Apapun kita serahkan di bawah budi bicara mereka. Jadi pihak Mindef akan maklumkan sebab itu di dalam bidang kuasa mereka,” katanya.

Namun jelasnya, perkara itu tidak boleh dipandang sebelah mata dan perlu diberikan perhatian serius.

“Kita tidak boleh melepaskan perkara ini begitu sahaja. Seperti mana yang disebutkan oleh Perdana Menteri, tak kira apa sahaja institusi, dan dalam konteks ini ALK, semuanya perlu diberikan perhatian serius kerana buli yang melampau ini tidak boleh dibiarkan sama sekali,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini