comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerusi Parlimen Masjid Tanah kekal milik PN

MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengekalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi berkenaan, Abdul Hakim Abdul Wahid atas dakwaan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) terhadap dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU15.

Mas Ermieyati bagaimanapun kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas mahkamah menolak petisyen difailkan calon BN berkenaan, bagi menafikan kemenangan calon PN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, pada 2 Mei, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Pada 19 November 2022, Mas Ermieyati memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti 4,411 undi selepas menewaskan Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG).

Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi manakala Abdul Hakim (21,193), Mutalib (7,445) dan Handrawirawan (507).

Loading...
Terkini