Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan tipu isteri Along Cham sudah diserah ke TPR

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.-Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes penipuan sebanyak RM95,180 yang dibuat isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan itu sudah diserahkan ke TPR dan suspek ketika ini berada dalam tahanan reman di Sabah untuk siasatan kes di negeri itu.

“Selesai siasatan di Sabah, suspek akan diambil semula untuk dituduh di mahkamah membabitkan kes penipuan di Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang ditahan berhubung siasatan laporan kes penipuan dibuat isteri kepada Along didapati mempunyai lima rekod kes penipuan di empat negeri.

Hussein dilaporkan berkata, suspek mempunyai rekod di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Terdahulu, media melaporkan isteri Along iaitu Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini