comscore
Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan kes maut makan ikan buntal dibuka

Siew Guan (kiri) maut selepas memakan ikan buntal di Kampung Chamek, Paloh, 25 Mac lalu dikatakan tidak mengetahui ikan digorengnya itu beracun, manakala Kuai Sin (kanan) juga meninggal dunia selepas 15 hari dirawat di ICU HEBHK Kluang, Johor. – FOTO : Ihsan Ng Ai Lee

KLUANG : Kertas siasatan berkaitan kejadian pasangan warga emas yang maut kerana makan hidangan ikan buntal goreng di daerah ini telah dibuka atas nasihat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata, tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan lengkap serta berdasarkan pandangan DPP.

“JKNJ mengambil maklum akan laporan sebuah akhbar pada 7 Mei lalu berkenaan penjualan ikan buntal yang telah mengakibatkan keracunan dan kematian dua warga emas berbangsa Cina pada Mac 2023 di daerah Kluang.

Ai Lee membuat laporan polis pada 15 April lalu di Balai Polis Paloh di Kluang, Johor. – FOTO : NSTP

“Terlebih dahulu pihak JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kes ini juga telah dibincangkan bersama-sama dengan Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan Perikanan dan Polis DiRaja Malaysia.

“Satu pertemuan akan dibuat bersama-sama waris berkaitan bagi menjelaskan situasi terkini,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto hiasan

Beliau berkata, risikan dan pemantauan penjualan ikan buntal di pasaran masih dilakukan secara berterusan.

“Penjual ikan adalah diingatkan untuk tidak menjual ikan buntal yang tidak dijamin proses pengendaliannya.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati di dalam memilih makanan terutamanya jika ia berkaitan dengan ikan buntal,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan anak kepada pasangan warga emas yang maut kerana keracunan selepas memakan ikan buntal goreng, Mac lalu kesal apabila mendakwa peniaga ikan berkenaan masih bebas berniaga.

Loading...
Terkini