comscore
Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan kes 7 individu berkumpul di Kedutaan AS telah diserah kepada TPR

KUALA LUMPUR: Polis telah melengkapkan siasatan berhubung perhimpunan solidariti yang diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat dan kertas siasatan berkenaan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pihaknya kini menunggu keputusan TPR untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, media melaporkan polis telah merakam keterangan tujuh individu termasuk penganjur perhimpunan solidariti itu bagi membantu siasatan.

Mohamad Lazim sebelum ini dilapor berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan solidariti yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat di sini Isnin lepas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini