Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan guru didakwa pukul murid sudah dirujuk ke pejabat TPR

BAGAN SERAI: Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sekolah rendah di sini, cedera akibat dipukul guru sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, berkata pada 10 Disember tahun lalu, seorang wanita berusia 40 tahun membuat laporan bahawa anaknya cedera akibat dipukul oleh guru lelaki berusia 30 tahun.

Bagaimanapun katanya, pada keesokan harinya (11 Disember 2024) wanita berkenaan menarik semula laporan polis yang dibuat dan enggan memanjangkan kes tersebut.

“Namun baru-baru ini pengadu sekali lagi tampil membuat laporan polis memohon siasatan diteruskan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 12 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk gurunya sehingga mengalami gegaran dalam telinga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini