Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan buku Hannah dirujuk AGC

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Polis telah merujuk kertas siasatan berkaitan isu buku membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang menunggu arahan daripada pihak AGC untuk tindakan selanjutnya.

“Kita telah menerima sebanyak 182 laporan polis berkaitan isu berkenaan”

“Kertas siasatan dibuka di bawah Kanun Keseksaan dan kertas enkuiri polis (KEP),”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Terdahulu, media melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan itu yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini