Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan berhubung dakwaan Ummu Attiyah dijangka lengkap minggu ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan dakwaan Ummu Atiyyah yang juga anak sulung bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad dikurung dijangka dilengkapkan minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih dijalankan pihaknya dan masih menunggu beberapa maklum balas daripada individu terlibat.

Menurutnya, selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kertas siasatan berhubung dijangka akan disiapkan dalam minggu ini sebelum tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 29 Oktober lalu, seorang daripada empat lelaki didakwa mengurung Ummu Atiyyah pernah ditahan sebelum ini.

Suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) susulan siasatan polis ke atas Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) baru-baru ini.

Lelaki terbabit adalah antara kumpulan individu yang ditahan pada peringkat awal Op Global dilaksanakan.

Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti empat lelaki dipercayai terbabit mengurung Ummu Atiyyah.

Pada 18 Oktober lalu, Ummu Atiyah, 41, mendakwa dia pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISBH.

Kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu pada 2015.

Wanita itu mendakwa dia turut dikurung di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar, Perak.

Susulan itu, pada 20 Oktober lalu, Ummu Atiyyah menunjukkan kepada pihak polis lokasi dia mendakwa ditahan selama sebulan di Kampung Batu Hampar Dalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini