KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan komited untuk memastikan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang diluluskan Parlimen dapat dijayakan secepat mungkin.
Pada sidang media pertamanya selepas melapor diri di Kementerian Pertahanan di sini, Mohamad berkata, pelan strategik dengan tujuh teras untuk kementerian itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini sudah dan sedang dalam proses pelaksanaan.
“Ia (pelaksanaan KPP) mempunyai jawatankuasa yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Datuk Seri Muez Abd Aziz), Panglima Angkatan Tentera (Tan Sri Affendi Buang) dan Panglima perkhidmatan.
“Saya nampak ia dilakukan dengan terbaik dan akan menjadi sebagai teras kepada pelan pembangunan ATM,” katanya.