comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerjasama PH-BN: Dewan Tertinggi BN akan bincang susunan strategik – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid. FOTO: NSTP

Oleh: Kumaran Rajamoney

KUALA KANGSAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid akan membawa perbincangan mengenai kerjasama gabungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Saranan perbincangan itu adalah bagi memastikan parti itu tidak berhadapan pertindihan atau pertembungan dengan parti lain dalam kerajaan perpaduan.

“Walaupun pilihan raya lama lagi, kita sudah nekad untuk terus menggunakan lambang BN bagi calon-calon kita. Merancang lebih awal memastikan ada susunan yang lebih strategik dalam tempoh yang mendatang.

“Jika rancangan itu dibuat pada saat akhir, maka situasi politik sudah berubah. Saya pasti parti lain juga merancang untuk sekurang-kurangnya mengelak pertindihan kerusi dan kerjasama dalam kempen yang seperti yang telah dilakukan,” katanya.

Ditanya mengenai kesediaan parti komponen iaitu MCA dan MIC, Datuk Seri Zahid menjelaskan, kedua-dua parti itu turut menyertai mesyuarat bersama dengan parti komponen kerajaan perpaduan.

“Parti komponen dalam kerajaan perpaduan diwakili Presidennya sendiri atau kepimpinan kanan yang lain bagi memberikan pandangan mereka dalam mesyuarat Dewan Tertinggi. Tidak ada sebarang masalah yang saya terlihat dalam memberikan pandangan,” katanya.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan perbincangan mengenai kerjasama itu adalah prosedur operasi standard (SOP) BN kerana sebarang keputusan pada peringkat Dewan Tertinggi BN dibuat secara bersama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini